nuffnang ads

Saturday, October 9, 2010

EDITOR MAJALAH PLAYBOY EDISI INDONESIA MENYERAH DIRI

RAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

SELEPAS tamat tempoh menyerah diri malam tadi, pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan waran tangkap ke atas editor majalah Playboy,

Erwin Arnada kerana gagal menghadirkan diri selepas dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Namun atas budi bicara pejabat kehakiman, polis dan peguamnya, Erwin menyerah diri di pejabat polis di Jakarta jam 4 petang tadi. Dia segera disambut anggota polis dan membawanya masuk tanpa membenarkan media berpeluang merakamkan gambarnya.

Selepas dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana didapati bersalah melanggar tata susila menerusi penerbitan majalah Playboy itu, Erwin menghilangkan diri, walaupun peguamnya menyakinkan mahkamah anak guamnya itu akan datang untuk menjalani hukuman.

Namun dia asyik bermain tarik tali, apabila gagal hadir selepas tempoh akhir menghendaki dia menyerah diri tamat semalam. Hanya selepas waran tangkap dikeluarkan, barulah Erwin menyerah diri petang tadi.

Editor majalah Playboy yang macam Playboy
Bos majalah bogel itu terus dibawa polis ke mahkamah sejurus menyerahkan dirinya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10