nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

TERKINI LUAR NEGARA: KERETAPI REMPUH BAS. 40 TERBUNUH, 40 CEDERA DI UKRAINE

NAHAS ngeri membabitkan sebuah keretapi merempuh sebuah bas ketika cuba melintasi landasan di timur Ukraine siang tadi, membunuh 40 orang penumpang dan menyebabkan 40 yang lain cedera, termasuk 11 yang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Pegawai kementerian dalam negeri, memberitahu kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas terbabit enggan mempedulikan siren menandakan keretapi semakin hampir ketika melintasi landasan keretapi itu.

Perdana Menteri Ukraine, Mykola Azarov, mengarahkan kerajaan membayar RM9,000 kepada setiap mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Pada masa yang sama beliau mengarahkan secara serta merta dipasang pagar automatik bagi mengelak kenderaan seperti bas dan kereta melintasi landasan ketika keretapi sedang menghampiri.

NAHAS keretapi dan bas mengorbankan 40 nyawa di timur Ukraine siang tadi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10