TAUFIK HIDAYAT, ketua perompak dipercayai terbabit mengetuai rompakan ke atas bank CIMB Niaga di Medan, bulan lalu dikatakan antara empat pengganas yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan polis di Kampung Dolok Sagala, Sumatera Utara jam 11 pagi tadi.
Dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan hutan dan ladang getah itu, seorang anggota polis turut cedera terkena tembakan.
Ketua Polis Sumatera Utara Insp Jeneral Oegroseno, bergegas ke kawasan pertempuran dan pada masa yang sama polis mendapatkan bantuan helikopter untuk memburu beberapa pengganas lain yang dikatakan berjaya melarikan diri.
Seorang pengganas yang merupakan antara paling dikehendaki sebaris dengan Taufik Hidayat ialah Robin Simanjuntak. Soal desak yang dilakukan ke atas Simanjuntak, memperolehi maklumat bahawa kumpulan penjenayah yang masih bebas dikatakan bersenjatakan sepucuk M-16, sepucuk Ak-47 dan sepucuk pistol.