nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

TAKZIAH KEPADA SEMUA MANGSA KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRESS

1.
SEBAHAGIAN besar mereka adalah anak-anak muda yang masih jauh perjalanan hidupnya. Sebahagiannya pula, menjadi harapan keluarga. Sebahagian lain, belum mengerti banyak tentang makna hidup dan perjuangan dalam hidup serta masa depan.

Namun kini mereka telah pergi. Diiringi ratap tangis, kepiluan dan doa seharum kasturi. Mereka dijemput pulang tanpa disangka-sangka. Demikian ajal maut di tangan Tuhan. Kepada keluarga yang menyayangi mereka yang telah kembali ini, bersabarlah menempuh dugaan. Hidup bagi yang tinggal mesti diteruskan.

2.Kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, pemeriksaan awal mendapati bas dan pemandunya tidak pernah melakukan kesalahan serius manakala bas Delima itu dikatakan masih baru dan mula digunakan pada tahun 2007.

Kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, kemalangan itu bukan berpunca daripada faktor jalan kerana dari keadaan, lebuh raya itu mempunyai tiga lorong dan ia dibina mengikut piawaian.

Kata polis pula, apa bukti pemandu itu memandu basnya secara laju. Polis juga berharap hentikan laporan mengatakan pemandu bas itu memandu dengan laju.

Kalau begitu tiada siapa yang salah. Jadi adakah kita mahu menyalahkan Tuhan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10