nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

SHARENE NAIK BAS UNTUK KALI PERTAMA DAN TERAKHIR

SALAH seorang mangsa kemalangan maut bas ekspress di kilometer 223, Lebuhraya Plus di Pedas, malam kelmarin dikatakan tidak pernah menaiki bas ekspress sebelum ini.

Malah Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dikatakan merajuk dua hari apabila tidak dibenarkan ibu dan ayahnya untuk menaiki bas berkenaan bagi menemui rakannya di Klang, Selangor.

Ibunya, Rohata Tan, 47 memberitahu Harian Metro, anaknya itu tidak pernah menaiki bas dan itu adalah kali pertama dan terakhir baginya.

"Dia merajuk hampir dua hari apabila tidak dibenarkan pergi ke Klang menemui rakan yang dikenalinya ketika menjalani latihan program Latihan Khidmat Negara," katanya.

Rohata, suami dan anaknya bersedih mengenang pemergian Sharene
Tidak mahu melihat Sharene terus merajuk, akhirnya ibu dan ayahnya memberi izin. Namun rupanya itulah kali pertama dan terakhir baginya apabila dia menjadi korban kemalangan membabitkan bas ekspress Delima dan beberapa kenderaan lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10