nuffnang ads
Friday, October 8, 2010
SUSULAN KELDAI DADAH: NUR DHIYA ADA HARAPAN BEBAS DARI PENJARA CAPE TOWN
GADIS pendiam, Nur Dhiya Ain Rosman, 19, yang berjaya diperdayakan oleh lelaki Arfika sehingga diberkas pihak berkuasa Afrika Selatan di Lapangan Terbang Cape Town kerana membawa 1.2 kg dadah Ogos lalu, mempunyai harapan untuk bebas dan kembali ke negara ini.
Berdasarkan maklumat daripada peguam yang dilantik oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang prihatin di sana, sehingga kini dua kali kes pendakwaan terhadap gadis dari Brickfield, Kuala Lumpur itu telah ditangguhkan akibat kekurangan bukti daripada jabatan kimia Afrika Selatan.
Malah, difahamkan juga peguam yang dilantik untuk membantunya di sana juga memaklumkan, bukti menunjukkan Nur Dhiya mempunyai niat untuk mengedar dadah juga semakin kabur.
Hari ini, kumpulan rakyat prihatin terhadap nasib Nur Dhiya melancarakan tabung bagi mengutip dana menyarai kos proses perundangan sebagai usaha untuk membebaskan gadis berkenaan.
Sebelum terpedaya dengan helah lelaki Afrika yang dikenalinya, Nur Dhiya dikatakan telah dinasihatkan oleh teman lelakinya, Mohd Nur Zakri Mohd Idris supaya membatalkan niat untuk pergi ke Afrika Selatan, tetapi tidak diendahkan.
Kini, Nur Dhiya yang kali terakhir dapat bercakap dengan keluarganya pada Ogos lalu dikatakan amat menyesal kerana tidak memaklum dan berbincang dengan keluarganya sebelum ini,
Semoga Nur Dhiya selamat pulang dan kepada gadis Malaysia yang lain, jangan dibutakan hati oleh helah dan pujukan mat gelap dari Afrika konon mampu memperolehi wang yang banyak semata-mata dengan melancong ke luar negara. Sekali terhantuk, cukuplah untuk kita cepat sedar!
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10