Jesyntha yang sebelum ini bersembunyi, akhirnya seperti diduga akan keluar juga menyerah diri. Dari dalam diri Jesyntha itu banyak maklumat yang amat berguna kerana dia dipercayai mengetahui secara langsung atau tidak langsung perancangan membabitkan pembunuhan kejam di Ladang Gadong itu.
Rakyat yang cintakan keamanan dan bencikan jenayah amat berharap, setiap sisi dan ruang dimanfaatkan hasil daripada penahanan wanita berbintang Cancer yang juga isteri kedua @ kekasih kepada salah seorang suspek yang ditahan terlebih awal.
Semoga Allah memakbulkan hajat mereka yang berdoa supaya pembunuh Sosilawati dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera dan mudah tanpa ada halangan lain.
![]() |
| Manfaatkan sebaik mungkin maklumat yang bakal keluar dari mulut Jesyntha ini bagi merungkai di sebalik tabir pembunuhan Sosilawati. |
