nuffnang ads

Saturday, October 9, 2010

SPRM TAHAN LAGI EMPAT PEGAWAI IMIGRESEN DI PULAU KETAM

GERAKAN membersih gejala rasuah di kalangan pegawai Imigresen terutama yang bertugas di pintu masuk laut ke negara ini, terus diperhebatkan.

Dalam satu operasi khas semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi pegawai imigresen termasuk seorang wanita di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang kerana dipercayai terbabit menerima rasuah secara bulanan.

Tangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam operasi membanteras rasuah di kalangan pegawai penjaga pintu masuk itu setakat ini, seramai 11 orang, termasuk dua pegawai yang ditahan di Jeti Penumpang, Port Dickson Negeri Sembilan.

Dalam laporan Berita Harian yang mendedahkan gejala rasuah di kalangan pegawai imigresen sebelum ini, dikatakan mereka yang terbabit menerima suapan sehingga RM60,000 sebulan daripada pihak tertentu bagi meloloskan kemasukan warga asing yang tidak mempunyai dokumen.

Gejala itu dikatakan berleluasa dan di Port Dickson pula, dua pegawainya dikatakan menerima RM33,600 seminggu bagi tugas sama - meloloskan kemasukan pendatang asing tanpa izin sebelum ditahan oleh SPRM. Malah dalam serbuan itu, SPRM turut menemui wang puluhan ribu dipercayai baru diterma oleh pegawia berkenaan daripada perantara yang turut ditahan.

Kalau macam ini perangai mereka, layakkah mereka diberi bonus dan keistimewaan oleh kerajaan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10