TIGA kerani wanita ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam pecah amanah membabitkan wang lebih RM6,000 ketika bertugas di Pejabat Pos Batu Feringghi, Pulau Pinang.
Kesemua yang ditahan berusia 20-an dan 30-an itu dipercayai dapat membantu siasatan selepas polis menerima 16 aduan mengenai pecah amanah yang berlaku di pejabat pos itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, mengesahkan penahanan ketiga-tiga kerani wanita berkenaan.