nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

SEPARUH AKHIR KEDUA: NEGERI SEMBILAN BAKAL BENAM JOHOR FC

NEGERI Sembilan tidak mempunnyai pilihan. Mereka mesti menang dalam perlawanan menentang Johor FC malam ini.

Berdasarkan keupayaan semasa pasukan Rusa dijangka tidak menghadapi masalah untuk menukar semula skrip yang yang ada sekaligus menafikan impian Johor FC dalam usaha menjadi pasukan kelab kedua muncul di final Piala Malaysia.

Walaupun ketinggalan desfisit 0-1, Negeri Sembilan dilihat masih mempunyai kelebihan dengan tiga tonggak utama Johor FC masih cedera - Eddy Helmi, Mohd Hamzani dan Khairi Kiman.

Bertandang ke Pasir Gudang, Wan Jamak tentu telah menyediakan resepi terbaik untuk memastikan malam ini milik mereka. Kucing Batu meramalkan Negeri Sembilan mampu menyumbat dua gol ke dalam gawang Johor FC malam ini sambil perlahan-lahan menyaksikan pemain Johor FC tersedu-sedu melayan pilu.

Ayuh Negeri Sembilan. Hoben Jang Hoben!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10