AWAL tahun ini, Toyota mengumumkan penarikan balik kereta keluarannya model Prius Hibdrid di seluruh dunia kerana dikatakan mengalami masalah brek. Dianggarkan 300,000 kereta model itu telah terjual dan sesetengahnya dimiliki selebriti antarabangsa.
Tidak lama kemudian, Honda pula mengumumkan penarikan balik model Honda City di seluruh dunia membabitkan 646,000 unit yang telah terjual. Ia dikatakan ada kaitan dengan kerosakan pada pembuka cermin tingkap model berkenaan.
Awal bulan ini, Proton, pengeluar kereta nasional negara kita mengumumkan langkah serupa menarik balik pengeluaran lebih 15,911 unit model Gen2 dan Satria Neo keluaran 2004-2008 kerana dikatakan dikesan mengalami kerosakan pada 'clock spring'.
Menurut Proton, langkah itu adalah satu satu penyesuaian untuk pembaikan walaupun secara realitinya kerosakan itu tidak membahayakan sangat pemandu.
Dan terbaru semalam, pengeluar kereta BMW di Jerman mengarahkan pula penarikan balik 21,000 unit sedan kereta itu yang terjual di China kerana dipercayai mengalami kerosakan pada sistem breknya dan boleh membahayakan pengguna.
Penarikan balik itu turut membabitkan 390 unit kereta mewah Roll-Royce dan 30 unit Land Rover Discovery. Difahamkan, di China sahaja BMW berjaya menjual lebih 120,000 unit kereta mewah itu.
Agak-agak pengeluar kereta sorong model gayung dan kapak di Jinjang dan Balakong akan mengambil langkah serupa? Terutama selepas dikesan menggunakan tayar mati tanpa angin pada model keluaran kereta sorong berkenaan!