nuffnang ads

Saturday, October 16, 2010

KERAJAAN BUKAN SAUDAGAR MIMPI. DAN HARAP-HARAP BUKAN JUGA JURAGAN KHAYALAN

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan bukan saudagar mimpi. Eloklah kalau begitu, tetapi jangan nanti bertukar menjadi juragan khayalan.

Apa yang diucap, mesti dikotakan. Walaupun banyak lagi yang tak terungkap menerusi bajet semalam, rakyat hanya memerhatikan sahaja. Sikap tunggu dan lihat rakyat adalah umpama jala. Sekali timbul yang tak terbuat, habis nanti ditebar orang!

Tentang kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan sebenarnya, janganlah dimanjakan sangat. Ukur baju di badan sendiri, sebelum diberi pakaian yang mahal-mahal.

Kepentingan undi 1.2 juta kakitangan rakyat dengan 12 juta pengundi yang tidak bekerja dengan kerajaan mesti ditimbang menggunakan neraca yang amat rasional. Sebarang kenaikan gaji, elaun atau bayaran yang diumumkan kerajaan kepada kakitangan kerajaan hanya akan menguntungkan 1.2 juta orang, tetapi akan menyebabkan berbelas juta rakyat yang lain merana, berdepan kenaikan harga barangan!

Perlu diingat tidak semua pekerja swasta menikmati bonus atau gaji yang sewajarnya. Masih ada pekerja dibayar gaji RM20 sehari! Tiada kerja tiada gaji dan paling sedih tiada bonus.Jika sebulan hanya mampu bekerja 24 hari, bayangkan berapa ringgit yang mereka dapat, sedangkan ada di antara yang berpendapatan sebanyak itu memiliki kelulusan lebih daripada kerani kerajaan yang bergaji lebih RM1,000.

Kita juga kena rasional terhadap nasib pekerja swasta, terutama kerana merekalah penyumbang dana utama kerajaan menerusi simpanan KWSP. Sebahagian besar di antara pekerja swata memiliki lebih RM200,000 simpanan di dalam KWSP tetapi mereka tidak boleh menggunakannya. Sebaliknya wang itu kadang-kala digunakan oleh kerajaan untuk pelbagai tujuan bagi kepentingan negara! Dan amatlah sedih jika simpanan itu juga dipusing-pusingkan untuk membayar kenaikan gaji kakitangan kerajaan! Ini yang perlu kita renungkan.

Kalau benarlah kerajaan bukan saudagar mimpi, baguslah. Tapi jangan sekali-kali gunakan KWSP yang disumbangkan oleh pekerja swasta untuk kenaikan gaji kakitangan awam, atau bonus atau elaun raya pesara kerajaan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10