nuffnang ads

Wednesday, October 13, 2010

SAH! PINGAT EMAS 100 METER OSAYEMI OLUDAMOLA DILUCUTKAN.

Oludamola disahkan positif mengambil dadah terlarang. Pingat emasnya yang diambil dari Sally Pearson sebelum ini dibatalkan.

PERTANDINGAN acara 100 meter wanita Sukan Komanwel di New Delhi, hanya memerlukan sekitar 11 saat untuk diselesaikan, tetapi penentuan bagi mencari pemenang pingat emasnya terpaksa mengambil masa sehingga lima hari!

Satu demi satu bala menimpa pemenang acara itu. Lima hari lalu, pemenang pingat emasnya, Sally Pearson dari Australia dibatalkan kemenangannya selepas juri mendapati Pearson melakukan kesilapann ketika memulakan perlumbaan dalam acara itu.

Berikutan itu, pemenang kedua acara itu, Osayemi Odulamola dari Nigeria diistyiharkan pemenang pingat emas. Namun sehari selepas itu, kemenangan pingat emas Odulamola pula digantung sementara apabila sampel air kencingnya disahkan positif dadah terlarang.

Persekutuan Olahraga Sukan Komanwel kemudian menguji sampel B Odulamola dan hari ini, sampel kedua itu juga disahkan mengandungi dadah terlarang. Sekaligus badan olahraga itu membuat keputusan menarik semula pingat emasnya.

Berikutan keputusan terbaru membatalkan pingat emas pelari Nigeria itu, kini pingat emas diistyiharkan sebagai milik pelari yang menduduki tangga ketika perlumbaan, Natasha Mayers dari St Vincent & Grandines.

Sementara pingat perak pula diberikan kepada pemenang keempat perlumbaan, Khaterine Endacott dari England. Pingat gangsa jadi milik pemenang kelima, Dalphine Atanga dari Cameroon.

Demikian sulitnya menentukan pemenang yang sah bagi acara 100 meter wanita. Ia mengambil masa 5 hari untuk diputuskan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10