nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

ROZALIYA DITEMUI: DUA HARI BEKERJA DI BUKIT BINTANG

AKHIRNYA Rozaliya Mat Lazim ditemui. Dia dikatakan baru dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Namun banyak cerita yang terbongkar akhirnya. Rozaliya dikatakan melarikan diri kerana hubungannya dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor kini bermasalah. Kini terserah kepada Rozaliya. Jika benar dia tidak lagi mahu meneruskan perkahwinanya dengan lelaki itu, keluarganya tidak mempunyai halangan.

Rozaliya di sisi ayahnya, Mat Lazim sejurus ditemui
Kata Rozaliya, Mohd Helmi telah jauh berubah. Tidak seperti dulu-dulu. Namun itu hanya kata sebelah pihak. Demi untuk kebaikan, elok masing-masing jangan salah menyalahkan.

Percayalah pada jodoh dan ketentuan. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Demikian janji Tuhan kepada hambaNya.

Paling penting, Rozaliya telah kembali. Bertemulah dan berbincanglah dengan Mohd Helmi. Perkahwinan bukan sehari. Kebahagiaan pula seperti mendaki gunung!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10