nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

CUT TARI TERTEKAN DI HOSPITAL MENDENGAR BERITA ARIEL AKAN DIDAKWA ESOK

Cut Tari, salah seorang selebriti yang mengaku hubungan seksnya dengan Ariel telah dirakam oleh penyanyi Peterpan itu sebelum diedarkan secara meluas tanpa izinnya, kini mengalami tekanan psikologi yang amat buruk sebaik sahaja mengetahui Ariel akan didakwa di mahkamah Bandung, esok.

Cut Tari kini dirawat di hospital kerana tertekan dengan berita Ariel akan didakwa esok.
Peguambelanya, Hotman Hutapea, berkata malam tadi Cut Tari ada menghubunginya dari rumah sakit mengadu tertekan dan dia sentiasa menangis kerana bimbang dirinya turut akan didakwa, sebaik sahaja kes Ariel yang dituduh merakam dan menyebarkan video hukungan seks mereka  sampai ke pengetahuannya.

 "Cut Tari kini amat stress di hospital. Dia asyik asyik. Dia terganggu," beritahu Hutapea.

 Menurut peguambelanya itu lagi, Cut Tari dimasukkan ke hospital tiga hari lalu selepas mengadu mengalami masalah pencernaan di dalam perutnya, tetapi dengan berita terbaru Ariel akan didakwa esok kesihatan anak guamnya itu semakin kritikal.

Berkali-kali Cut Tari meluahkan kebimbangan dan kerisauannya kerana takut dirinya turut diseret ke dalam mahkamah sehingga boleh menjejaskan hubungan keluarga dan sekali gus maruahnya kembali tercalar. Sebelum ini ketika ditahan polis pada peringkat awal kes itu, Cut Tari mengaku memang dia wanita di dalam video yang disebarkan itu.

Cut Tari juga telah memohon maaf kepada semua peminatnya, termasuk juga merapatkan dirinya ke masjid selepas kejadian itu, namun sejak kebelakangan ini jiwanya semakin tidak tenteram. Selain Cut Tari, video Ariel melakukan hubungan seks dengan kekasihnya Luna Maya juga tersebar sama.

Berbeza dengan Cut Tari yang ternyata insaf dengan kejadian itu, Luna Maya masih tergedik-gedik seolah tidak langsung berasa malu video hubungan seks antara dia dan Ariel telah ditonton kebanyakan orang! Malah dia semakin rapat dengan Ariel.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10