KITA DENGAR nanti apa kata mereka tentang punca bas ekspress terbabas dan terbalik selepas masuk laluan bertentangan sebelum mengorbankan 12 nyawa penumpang 7 malam semalam.
Antara punca yang akan terkeluar dari mulut orang ialah: Pemandu mengantuk, elak lembu, tayar pancit, jalan licin, elak kereta dan enjin meragam. Kalau telah habis segala macam alasan, akan timbul pula alasan klise iaitu terkejut dan cuba mengelak kelibat lembaga melintas!
Takziah kepada keluarga yang terkorban.