nuffnang ads

Monday, October 11, 2010

UPDATE: 12 LAGI JIN DITANGKAP DI RUMAH SITI BALQIS

SELEPAS kejayaan dua bomoh tidak dikenali menangkap 9 jin di rumah Siti Balqis Mohd Noor,  satu lagi operasi memberkas jin dilakukan kelmarin oleh tiga pengamal perubatan dari Yayasan Islam Terengganu (YIT) di rumah keluarga gadis berkenaan.

Operasi itu berjaya menahan dan menyumbat 12 jin ke rumah pasung. Turut sama dalam operasi memberkas jin yang dipercayai sering mengganggu Siti Balqis itu selama ini turut disertai Adun Jabi, Ramlan Ali.

Tiga pengamal perubatan YIT dianggotai Hasan Yusof, Fauzi Malik dan Wan Adi Rahman Wan Abdul Rahman itu bagaimanapun berdepan sedikit cabaran apabila setengah jam sebelum mereka memulakan tugas, Siti Balqis ghaib semula, dipercayai disorokkan jin.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata dalam kejadian 7.30 malam itu, keluarganya terkejut apabia menyedari Siti hilang. Usaha mengesannya dilakukan, termasuk oleh tiga pengamal perubatan YIT dan Ramlan serta penduduk kampung.

Pada jam 11.30 malam Norizan menerima SMS dari Siti berbunyi: "Tolong, dah jauh ni.." Kemudian satu lagi SMS diterima jam 12 malam berbunyi: "Umi, cepat datang, kito dok Bukit Keluang"

Berdasarkan SMS itu pasukan perubatan Islam YIT dan penduduk sambil membaca surah Yassin bergegas ke Bukit Keluang, sebuah kawasan pelancongan yang mempunyai gua kecil. Namun, menurut Ramlan, mereka tidak melihat kelibat Siti kecuali sembilan wanita yang dilihat seolah-olah sedang bertapa di gua kecil itu.

Bagaimanapun, selepas pulang semula ke rumah, mereka mendapati Siti berada di atas pokok rambutan. Pauskan perubatan Islam itu kemudian memulakan rawatan dan tidak lama kemudian mereka berjaya 'memberkas' 12 jin yang dipercayai masih bebas dan mengganggu Siti Balqis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10