POLIS telah memulakan siasatan berhubung satu laporan dalam laman facebook yang dikatakan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim, berhubung pengurniaan kenderaan baginda kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Isnin lalu.
Laman facebook itu dipercayai palsu kerana menggunakan gambar seorang wanita. Bagaimanapun, polis memberi jaminan siasatan akan dilakukan terperinci supaya pihak yang tidak bertanggungjawab itu dapat dibawa ke muka pengadilan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, berkata pihaknya menerima laporann polis mengenai penghinaan menerusi laman facebook itu pada jam 4.33 petang semalam.