nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

BALI DISERANG EPIDEMIK ANJING GILA. 100 TELAH MATI DISERANG PENYAKIT ITU

MANGSA anjing gila ke 100 disahkan terkorban hari ini di kepulauan Bali, pulau peranginan yang terkenal di Indonesia.

Kini pulau yang dihuni lebih 3 juta penduduk itu dikawal rapi oleh pasukan perubatan veterinar bagi memastikan epidemik itu dapat dikawal seberapa segera, sekaligus mengelakkan kawasan peranginan itu lengang daripada kunjungan pelancong asing.

Dr Ken Wirashandi yang mengetuai operasi membanteras penyakit itu berkata, epidemik anjing gila di kepulauan itu dilaporkan semakin meningkat sejak dua tahun ini dan disifatkan sebagai membimbangkan.

Kerajaan Indonesia dilaporkan telah kehabisan vaksin untuk menyuntik anjing liar yang berjaya ditangkap dan kini operasi bertukar kepada gerakan membunuh anjing liar yang berkeliaran di kawasan pantai peranginan menggunakan tembakan pelali.

Wabak penyakit anjing gila di Pulau Bali mengorbankan mangsa ke 100 hari ini.
Setakat ini lebih 200,000 anjing liar di pulau itu telah dibunuh, tetapi sesetengah pihak membantah keras tindakan kerajaan membunuh anjing walaupun menyedari wabak anjing gila telah menyebabkan beberapa negara luar mengeluarkan arahan dan nasihat kepada rakyatnya daripada berkunjung ke pulau itu. (Kompas.com)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10