POLIS mengesahkan mayat seorang wanita separuh bogel yang ditemui di dalam longkang, di KingFisher Park, Kota Kinabalu kelmarin adalah jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Mayat mangsa, Annie John Dismas, 39, ditemui dalam keadaan ngeri di dalam longkang dengan kesan cedera di kepala oleh orang ramai semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria, berkata ekoran penemuan mayat jururawat itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.
Annie dilaporkan hilang selepas dikesan berbual menerusi telefon dengan tunangnya kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu. Dia dikatakan menghadiri kursus khas jururawat di Open Universiti selama dua minggu, sebelum kejadian itu berlaku.
Sementara itu, seorang pemandu lori dikatakan telah menemui sepasang unifom jururawat dipercayai milik Annie di belukar berdekatan longakng kedai tempat dia bekerja. Lelaki itu telah memaklumkan majikannya dan polis telah dimaklumkan mengenainya.