nuffnang ads

Thursday, October 7, 2010

POLIS BURU PENGEDAR GAMBAR BOGEL DUA SUKARELAWAN

GAMBAR BOGELdua gadis dipercayai sukarelawan bagi kerja sosial dan kemasyarakatan di EmpatLawang, di Sumatera, kini diedarkan secara meluas oleh pihak tertentu sejak sebulan lalu, sehingga memeningkan kepala polis Indonesia.

Selain menerima kecaman orang ramai yang berharap mereka yang mengedarkannya menerusi telefon bimbit itu dikenakan tindakan, polis tertekan kerana sehingga kini tiada sesiapa yang mahu membuat aduan rasmi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Tebing Tinggi, AKP Suparlan, mengakui penyebaran gambar bogel dua sukarelawan yang cantik dan menawan itu semakin keterlaluan. Malah dipercayai gambar bogel itu turut menjadi kegilaan di kalangan remaja sebagai hiasan latar belakang skrin telefon bimbit mereka.

Sementara itu, jurucakap badan sosial kemasyarakatan tempat dua gadis itu bekerja secara sukarela dipetik media Indonesia berkata, pihaknya percaya gambar bogel berkenaan turut tersebar ke luar negara termasuk Singapura dan Malaysia.

Nah...jika ada yang menerima gambar ini buatlah apa yang sepatutnya dilakukan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10