Penari disko keturunan Thai diberkas ketika membawa 2.3 kilogram heroin tadi. |
Penari berkenaan, Jenny Phornchai, terpinga-pinga sebaik sahaja beg hitam yang dibawanya diperiksa oleh pasukan kastam yang mencurigai sesuatu.
Ketua Kastam Lapangan Terbang, Bahaduri Wijayanata, berkata heroin itu disorokkan Jenny di bahagian tepi dalam begnya yang diperbuat daripada tembaga.
Katanya, Jenny tiba di lapangan terbang itu menaiki pesawat Garuda, bersendirian dan ketika diberkas dia terpinga-pinga dan hampir tidak bermaya.