nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

PELAKON AARON AZIZ DISERANG PENYAKIT KENCING TIKUS

SELEPAS bertungkus-lumus di hutan Changi, di Singapura sejak akhir bulan lalu, bagi menyiapkan produksi filem Endless Day, pelakon Aaron Aziz kembali ke negara ini dalam keadaan yang kurang selesa. Dia mengadu badannya panas.

Menyedari kesihatan makin terganggu dia mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana di Damansara. Pakar perubatan kemudian mendedahkan sesuatu yang menggusarkan. Aaron dikatakan mengidap penyakit berbahaya kencing tikus.

Disebabkan dia mendapat rawatan segera dan rawatan yang diberikan pula berkesan dan serasi, Aaron kini kembali pulih.

Aaron dipercayai terkena penyakit itu ketika menjalani penggambaran filem Endless Day itu di hutan yang berlumpur, di mana dia banyak melakukan aksi di atas tanah.

Aaron terselamat daripada serangan jangkitan kencing tikus yang berbahaya.
Syukur, dia bebas dari jangkitan penyakit yang pernah mengorbankan beberapa nyawa di beberapa hutan lipur di negara kita sejak setahun lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10