nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

PAKAIAN TERESA KOK MENJOLOK MATA DR MARCUS MOJIGOH

BEGITU pantasnya naluri ahli parlimen BN-Putatan, Sabah, Dr Marcus Mojigoh mengesan bahang godaan pakaian yang dipakai ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok di Parlimen semalam, sehingga menyebabkan Dr Marcus mengadu kepada speaker Pandikar Amin.

Pakaian ini menjolok mata Dr Marcus...
Adu Dr Marcus, pakaian yang dipakai oleh Teresa menjolok mata dan Teresa mesti memilih pakaian lain yang lebih sesuai. Malah Dr Marcus turut mengingatkan Teresa bahawa parlimen bukan tempat untuk pertunjukan fesyen dan Teresa tidak boleh menganggap parlimen sebagai tempat untuk memperagakan fesyen pakaiannya.

Namun Teresa tetap mempertahankan apa yang dipakainya semalam. Kata Teresa apa yang dipakainya itu masih bersopan dan boleh diterima dalam parlimen. Dia menolak andaian, pakaiannya itu menjolok mata kerana tidak direka keterlaluan.

Namun Dr Marcus masih tidak berpuas hati. Nampaknya Teresa harus berkorban. Kasihanlah pada Dr Marcus. Untuk hari esok dan akan datang, apalah kiranya sudi Teresa memakai baju kurung dan untuk nampak manis digayakan sekali dengan selendang. Tapi adakah dengan berpakaian begitu ia masih tidak menjolok mata naluri dan perasaan lelaki?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10