nuffnang ads

Saturday, October 16, 2010

NENEK 68 TAHUN DI KODIANG TEMU JODOH LELAKI 34 TAHUN MENERUSI FACEBOOK

MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

TUAH memang menyebelahi seorang nenek di Kodiang Kedah kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang masih muda. Semuanya kerana perkenalan selama enam bulan menerusi laman facebook!

Munah Ishak, 68, yakin Mohd Reduan Mohd Noor, 34, sememangnya mencintainya sebagai seorang isteri kerana beberapa kali dia memberi masa kepada lelaki itu untuk berfikir sebelum membuat keputusan bernikah dengannya.

Demikian kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Mereka bernikah di masjid Jamek Kodiang pada hari bersejarah 10.10.10 yang lalu.

Munah yang mempunyai anak seramai enam orang berusia di antara 31 dan 50 tahun turut memiliki cucu seramai 13 orang.

Mengimbau saat-saat manis perkenalannya, Munah mengakui pada peringkat awal dia kurang yakin, tetapi selepas memberi peluang kepada Mohd Reduan untuk berfikir, tidak menerima seadanya suaminya itu.

Malah, anak-anaknya juga tidak membantah dengan perkahwinan itu kerana mengetahui Munah kesunyian di rumah selepas kematian suaminya akibat sakit jantung, lima tahun lalu.

Apa mahu dikatakan lagi, sebab di Terengganu, Wook Kundor yang berusia 108 tahun juga mendapat seorang suami yang masih gagah dan muda.

Pada usia 68 tahun, Munah sebenarnya masih muda dan masih mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tahniah kak!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10