DUNIA seni tanah air kehilangan seorang lagi dramatis terkenal, apabila Yalal Chin atau nama sebenarnya, Yalal Abu Chin, 67, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat sakit jantung jam 12.15 awal pagi tadi.
Yalal, anak keturunan Melaka meninggalkan seorang balu, Suriani Mohd Yusof. Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya tadi.
Allahyarham dimasukkan ke wad rawatan jantung (CCU) sejak dua minggu lalu, sebelum sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Pernah terbabit dalam puluhan drama, Allahyarham juga pernah berlakon filem seperti Paloh, Misteri Jalan Lama dan Perempuan Bertudung Hitam.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya.