nuffnang ads

Wednesday, October 20, 2010

NAMEWEE AKAN DIDAKWA

SIN CHIEW DAILY melaporkan budak rap yo..yo..yo..yo..Wee Meng Chee atau Namewee yang banyak menimbulkan kontroversi menerusi klip videonya akan didakwa tidak lama lagi.

Akhbar itu memetik kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesahkan Namewee akan didakwa, selepas dua pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdu Rahman Putra, Kulai menerima hukuman kerana bersikap rasis.

Bagaimanapun, difahamkan polis masih dalam proses menentukan mengikut akta bersesuaian untuk mendakwa budak itu.

Sementara itu, Namewee memberitahu akhbar berkenaan bahawa dia tidak gentar dan bersedia menerima sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya.

Kedua-dua pengetua terbabit telah dikenakan tindakan pindah ke Jabatan Pelajaran Johor dan seorang lagi ke pejabat pelajaran Kuala Muda, Kedah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10