nuffnang ads

Wednesday, October 20, 2010

NUJ BIDAS TINDAKAN HALAU WARTAWAN DARI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

KESATUAN WARTAWAN KEBANGSAAN (NUJ) Malaysia, membidas tindakan urus setia pusat media perhimpunan Agung Umno, mengusir wartawan Malaysiakini daripada membuat liputan sempena perhimpunan itu di PWTC.

Presiden NUJ, Hata Wahari, berkata pihaknya kesal kerana larangan kepada media itu tidak selari dengan ucapan Perdana Menteri sebelum itu yang menghargai semua media.

Sehubungan itu, beliau meminta Presiden Umno bertanggungjawab ke atas tindakan menghalau wartawan berkenaan daripada pusat media perhimpunan.

Difahamkan, mereka dihalau urusetia atas alasan tidak memiliki pas yang dikeluarkan sekretariat, tetapi Malaysiakini dilaporkan telah memohon untuk mendapatkan pas berkenaan sebelum ini tetapi permintaan itu telah ditolak.

Jangan takut dengan media bang. Kalau dengan media pun takut, macam mana nak berdepan 1001 cabaran masa depan yang lebih besar dan menggugat?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10