nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

NAIB PRESIDEN DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI MINTA KERAJAAN JANGAN BENARKAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI BERNIAGA

SEMBANG Tok Mat Talib, Tok Zahid dan Tok Mat Hassan, dalam TV3 malam tadi macam bual tepi laut, sambil duduk bawah pokok, baling-baling batu ke ombak. Santai, tapi sekurang-kurangnya ada juga isinya. Terutama isi dari hati mereka tentang kesilapan kerajaan pimpinan Umno selama ini!

Sekurang-kurangnya, Tok Zahid dan Tok Mat Hassan mengaku ada kesilapan dan kelemahan selama ini dilakukan pemimpin negara, terutama menyebut dalam konteks ekonomi orang Melayu. Kontra antara dua pandangan daripada dua pemimpin muda Umno itu ialah Tok Zahid yakin matlamat kerajaan untuk capai sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak akan tercapai walaupun selepas ini ada mekanisme baru dilancarkan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Cuma Tok Mat Hassan optimis, kerangka baru untuk bantu orang Melayu selepas DEB boleh berjaya, cuma katanya kerajaan mesti berubah sikap dengan menghentikan perlumbaan dan saingan perniagaan yang ketara sangat ditunjukkan oleh syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat perbadanan negeri inilah kata Tok Mat Hassan yang sering menggangu orang Melayu yang ingin berjaya dalam perniagaan. Selorohnya, apa bonda sumo ni sampai syarikat itu nak berniago. Kerajaan jadi pemudah cara bukan peniago!

Rasional mereka mengakui kelemahan kerajaan selama 53 tahun membangunkan ekonomi orang Melayu banyak bertolak dari kesedaran bahawa Umno semakin ditolak rakyat kerana gagal dalam erti kata sebenar membantu Melayu menguasai kek ekonomi di negara ini. Seperti kata Tok Zahid, keupayaan bukan Melayu menguasai ekonomi harus diseimbangkan dengan kewajipan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu yang maknanya masih mesti dibantu.

Bagaimanapun, kesedaran di mulut sahaja belum cukup untuk menarik orang Melayu. Orang Melayu mahukan bukti. Membantu Melayu mesti bermula saat ini, bukan menunggu bertahun-tahun sebab orang Melayu telah 53 tahun tertinggal.

Jika tidak dilakukan hari ini,, selamat tinggal Umno!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10