nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

AWAS JANGAN SAMPAI MATI TERPIJAK: "SETIAP UNDI AKAN DIREBUT DI BATU SAPI"

TIMBALAN Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata setiap undi akan direbut oleh parti itu di Batu Sapi pada 4 November depan bagi memastikan parlimen berkenaan kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN).

 "Satu undi bagi BN bermakna satu undi untuk pembangunan" katanya.

Begitu ghairahnya PBS mahu memenangi pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi! Tapi Awas, Jangan Sampai Mati Terpijak, gara-gara mahu berebut undi. Masih banyak lagi undi yang boleh diperolehi menjelang pilihanraya umum ke 13!

PBS kelihatan amat risau dan rungsing kalau dilihat menerusi kata-kata itu. PBS seperti mulai merasakan satu kekalahan akan dihadapinya dalam usaha mempertahankan kerusi parlimen yang disandang oleh BN itu.

Ayuh....pengundi, awas! Pastikan undi anda digenggam rapi kerana bimbang ia akan direbut oleh calon-calon yang bertanding. Terutama dari parti PBS yang terang-terang mahu merebut hatta satu undi sekali pun.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10