nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

MANIFESTASI DARIPADA PERJUANGAN KITA 53 TAHUN MEMERDEKAKAN BANGSA

APALAH makna perjuangan selama 53 tahun jika kita masih gagal meminimumkan penderitaan anak bangsa. Gambar kehidupan anak Melayu di bawah jambatan bukan sekadar aksesori untuk menyolek raut politik, tetapi sebaris daripada puluhan ribu ayat tentang dukacita Melayu di dalam kitab realiti yang perlu dibaca dan difahami pemimpin Melayu sehingga khatam.

Penderitaan ini amat melukakan. Ia adalah lukisan wajah sebenar manusia bernama Melayu yang perjuangan untuk membelanya begitu retorik dinyanyikan pemimpin-pemimpin politik sejak sekian lama.

Terima kasih Harian Metro.
Usah kita bicara tentang perjuangan kalau anak dikendong masih kelaparan. Usah kita cerita tentang pembelaan andai yang kita bela hanyalah gelembung buih angan-angan.

Demikian sebegitu banyak yang masih melarat, miskin dan merempat adalah anak-anak Melayu. Suara-suara mereka semakin sayup menanggung pedih duka dari hati yang walang akibat kesetiaan dan percaya nasib mereka akan dibela walaupun suara itu semakin hilang rintihnya kerana lara selepas 53 tahun kita merdeka.

Ayuh pemimpin Melayu, letakkan bisikan hati pada lidah yang lantang melontarkan kata-kata bahawa kegagalan anda membela anak bangsa adalah dosa paling besar yang tidak akan diampunkan sehingga bila-bila, kecuali anda menyucikan iltizam melihat dengan hati dan kalbu di mana realitinya arah datang dan jalan pulang perjuangan anda selama ini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10