nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

KEMISKINAN JUNITA DAN BORHAN: SELUMBAR DI TENGAH SORAK SORAI MELAKA MAJU

PENGISTYIHARAN Melaka sebagai negeri maju pada 20.10.2010 telah memberi tuah kepada salah seorang pengunjungnya apabila dia menerima hadiah berupa sebuah rumah!

Beberapa hari selepas itu, selepas tepuk sorak mulai reda menyambut kegembiraan Melaka maju, sebuah keluarga di Pokok Mangga, selalu terfikirkan apalah makna majunya negeri, kalau hamba yang tinggal di dalam negeri itu masih daif dan melarat.

Bagi keluarga Junita Jaafar, 30 dan suaminya Borhan Ibrahim, 35, pondok yang mereka panggil istana itu kini hanya menunggu masa untuk rebah ke tanah. Bersama dua anak, masing-masing berusia lima dan lapan tahun, mereka bagaimanapun tetap tabah dan percaya bahawa akan ada pemimpin Melayu pasti datang membantu.

Dan kini mereka masih menunggu-nunggu. Kemiskinan yang mereka kendong selama ini kadang-kadang mereka pangku dengan sabar. Kesusahan yang mereka dukung selama ini kadang-kadang mereka dodoikan dengan lagu-lagu dan syair-syair penuh harapan.

Kita tengoklah nanti, berapa purnama pemimpin Melayu akan datang menyempurnakan sesuatu bernama pertolongan. Adakah ia akan datang selepas mereka berada di hujung nyawa, atau akan datang sedikit sedar dan insaf, lalu bantuan pun diberi dengan seberapa segera.

Kisah kesusahan Junita ini bukan kisah terpinggir. Dalam negeri yang dianggap maju, begitu banyak keluarga yang bukan sahaja susah, tetapi melarat menghuni di negeri itu.

Kalau saya diberi seminggu, mungkin lebih seribu boleh saya paparkan untuk tatapan dan bahan jenaka pemimpin Melayu tentang sesuatu bernama kemiskinan Melayu - di negeri Melaka, negeri di mana Hang Tuah pernah bersuara dan melontarkan kata: "Tak Hilang Melayu di Dunia"!!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10