nuffnang ads

Friday, October 29, 2010

MAAF CAKAP: KELUARGA SITI BALQIS KENA JUJUR FASAL BATU DELIMA

KENA jujur betul. Betul-betul jujur. Kita harapkan keluarga Siti Balqis terutama ibunya, dapat berlaku jujur di atas segala cerita, terutama tentang batu delima yang didakwanya gugur dari atas rumah. Norizan Said, kalau ada sesuatu yang cuba disembunyikan, tidak wajar rasa bersalah.

Berterus-teranglah. Kita bimbang betul. Betul-betul bimbang kalau ada cerita di sebalik cerita tentang banyak dakwaannya sebelum ini, khususnya tentang batu delima. Bukan mahu menuduh, tapi berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Siti Balqis, tidak mustahil cerita di sebalik cerita yang keluar dari mulut keluarga mereka, terkandung sesuatu yang kurang enak. Atau dalam perkataan kurang sedapnya: Bohong.

Sambil bersimpati pada Siti Balqis yang dipercayai perlu menjalani psikiatri, kita juga bersimpati pada minda orang ramai yang telah terpengaruh dengan pelbagai cerita di luar akal. Cerita tentang jin berbulu lebat, tentang batu delima hilang dan tentang pelbagai cerita aneh lagi mesti disiasat supaya masyarakat tidak terus dihantui perasaan celaru dan keliru.

Jika ada orang yang bersubahat di sebalik semua cerita ini, eloklah mereka diberi nasihat dan kaunseling. Pada abad serba moden ini, minda orang Melayu harus berubah. Berubah untuk keluar daripada kepungan fantasi yang begitu tebal melingkari cara fikir dan cara bertindak dalam hidup mereka.

Apa pun Siti Balqis layak menerima anugerah pelakon terbaik.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10