BUDAK bernama Siti Balqis Md Noor ini sakit. Dia wajar dihantar untuk rawatan psikiatri. Dia betul sakit. Sakit betul-betul! Kasihan dia. Selagi tidak dihantar rawatan, selagi itulah meragam pelbagai macam dakwaan nanti keluar dari mulut dia.
Kasihan keluarga dia. Kasihan penduduk kampung. Kasihan tok bomoh-tok bomoh. Kasihan orang surat khabar dan televisyen. Kasihanlah mereka kalau Siti Balqis tak dihantar rawatan.
Kalau dia sanggup cerita ibunya sudah meninggal dunia, tinggal di rumah besar siap ada kolam renang, sering dibawa orang bunian ke sana ke sini, itu sudah sakit sebenarnya.
Masyarakat jangan marah. Kehidupan kadang-kala tanpa cerita-cerita macam ini macam novel yang hambar. Tapi kalau sudah keterlaluan, kita bimbang ceritanya boleh merosakkan minda.
Berubatlah adik Siti Balqis. Kamu sakit betul. Betul-betul sakit!