SEORANG lelaki berusia 25 tahun yang dikatakan akan berkahwin tidak lama lagi, ditemui mati tergantung di dalam bilik sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pedas, Rembau, kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin.
Mayat itu ditemui tunangnya, selepas memeriksa bilik mangsa. Tunangnya yang berusia 20-an, berasa curiga sebelum itu kerana mangsa tidak turun dari rumahnya.
Ketika ternampak mangsa tergantung dengan leher dililit menggunakan kain, tunangnya menjerit sekuat hati mengejutkan jiran-jiran terdekat sebelum mereka menghubungi polis.