nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

LAHIR ANAK DALAM TANDAS

KELMARIN, kira-kira jam 2.45 pagi seorang ibu empat anak, di Kenyalang, melahirkan bayi kelimanya seorang perempuan comel, dalam keadaan selamat dan penuh ajaib di dalam kereta Kancil milik suaminya, sebelum sempat dia tiba di hospital.

Kelmarin juga kira-kira jam 12.45 tengah hari, seorang remaja berusia 19 tahun melahirkan anak hasil hubungan luar nikahnya di dalam tandas!

Kes lahir anak di dalam tandas ini berlaku di Jertih, apabila remaja yang bekerja di sbeuah kedai menjual barangan plastik itu terasa sakit perut untuk membuang air besar. Namun bukan air besar yang keluar, tapi seorang bayi. Namun bayi itu meninggal kemudiannya.

Ketua Polis daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, mengesahkan kejadian dan berkata bapa remaja itu, seorang pengawal keselamatan mendakwa tidak tahu anakya hamil kerana tiada perubahan pada fizikal tubuh anaknya.

Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat bapanya berikutan kejadian itu. Remaja berkenaan dipercayai melahirkan anak hasil daripada hubungan luar nikahnya dengan seorang kakitangan awam di Pasir Puteh, Kelantan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10