nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

LAGI KENDERAAN TERBAKAR: MAHU ATAU TIDAK KERAJAAN KENA UJI SEMULA RON95

KES kebakaran kereta berlaku lagi seperti yang dilaporkan sebelum ini. Persoalan yang bermain dalam fikiran pemilik kenderaan dan orang ramai ialah, kenapakah begitu mudahnya kenderaan terbakar, terutama apabila berlaku kemalangan?

Dalam kejadian baru dilaporkan semalam, seorang anggota polis parah apabila terbakar 30 peratus di bahagian tubuhnya selepas van membawa seorang suspek kes dadah berlanggar dengan sebuah treler membawa minyak sawit di Kilometer 63, Jalan Muar-Segamat, Segamat, Johor.

Kejadian jam 11.50 pagi itu turut menyebabkan dua lagi anggota dan suspek yang dibawa mengalami kecederaan.


Tidak cukup di situ. Satu lagi kejadian kenderaan terbakar  berlaku di Felda Raja Alias 1, di Jempol Negeri Sembilan. Dalam kejadian itu, seorang peneroka Abdul Aziz Hashim, 60, rentung apabila keretanya terbakar selepas terjatuh ke dalam gaung.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata pihaknya menemui mangsa dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu.

Sepanjang tahun ini lebih 100 kes kebakaran kenderaan berlaku seperti dilaporkan akhbar di seluruh negara. Musibahnya telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Banyak juga yang cedera dan apa yang penting, kenderaan mereka musnah sama sekali.

Tidakkah kenderaan yang sering terbakar apabila berlaku kemalangan kebelakangan ini menjadi satu locus standi bagi kerajaan  untuk berfikir semula, termasuk menguji sama ada benar atau tidak minyak Ron95 menjadi antara faktornya.

Untuk berlaku jujur, sebelum minyak ini diperkenalkan di pasaran, kita melihat kes kebakaran kenderaan ketika kemalangan tidak sekerap hari ini. Keadaan ganjil ini merupakan keraguan yang munasabah bagi kerajaan untuk tidak segera menepis dakwaan orang ramai tentang minyak Ron95 yang selalu diperkatakan itu.

Mahu atau tidak, satu ujian menyeluruh bagi mengesan kelemahan minyak Ron95 mesti dilakukan. Sekurang-kurangnya ia boleh menjawab keraguan orang ramai terhadap fenomena kereta terbakar yang dikatakan amat luar biasa kekerapannya kebelakangan ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10