nuffnang ads

Sunday, October 3, 2010

LAGI KES LANGGAR BABI: DUA BERANAK TERBUNUH DI TERENGGANU

Terbunuh bersama anaknya kerana terkejut apabila melihat babi melintas jalan.

BADI berita fasal langgar babi. Jika kelmarin seorang wanita penoreh getah di Kuala Kangsar, Perak terbunuh apabila motosikal ditunggangnya terlanggar babi melintas jalan ketika dalam perjalanan untuk menoreh getah.

Semalam pula, dua beranak menjadi korban terbaru akibat perbuatan babi melintas jalan tidak menoleh ke kiri ke kanan.

Nur Azlina Izan, 25, bersama anaknya Nur Ain Nabila Zulkifli, 6 tahun dikatakan dalam perjalanan menaiki sebuah kereta apabila tiba-tiba segerombolan babi berkawad melintas jalan, menyebabkan Nur Azlina terkejut dan gagal mengawal kenderaannya.

Kejadian itu berlaku KM54 di Jalan Kuantan - Kuala Terengganu berdekatan Kampung Jambu Bongkok. Akibat terkejut, kereta dipandu Nur Azlina terbabas dan melanggar pokok menyebabkan dia dan anaknya cedera parah dan meninggal dunia.

Memang babi betul dan betul-betul babi kejadian ini. Gara-gara babi melintas, manusia menjadi korban.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10