nuffnang ads

Sunday, October 3, 2010

HARGA ROKOK DIJANGKA NAIK MULAI ESOK: 70 SEN SEKOTAK

KENAIKAN harga rokok dijangka berkuatkuasa esok, apabila kerajaan dikatakan akan menaikkan secara purata harga rokok sebanyak 70 sen bagi setiap kotak 20 batang.

Dengan kenaikan ini, purata kebanyakan rokok 20 batang yang kini dijual pada harga RM9.30 akan menjadi RM10. Sementara rokok bermutu tinggi pula akan naik harganya mencecah RM14 sekotak.

Sumber-sumber berkata, berikutan kenaikan harga itu, jualan rokok di seluruh negara mungkin akan turun sebanyak 10 peratus.

Bagaimanapun, pasaran rokok gelap terutama yang diseludup dijangka akan meningkat berikutan permintaan tinggi daripada perokok tegar. Ini tentu akan menimbulkan masalah baru, iaitu memerlukan penguatkuasaan yang lebih daripada pihak berkuasa untuk menanganinya.

Jika penyeludupan rokok semakin meningkat, kerajaan tentu akan kerugian di segi kutipan cukai. Namun itulah kehendak kerajaan, iaitu menaikkan cukai rokok berbanding membuat keputusan tegas untuk menutup kilang rokok dan mengharamkan penananam tembakau di negara ini.

Macam pakai kain pendek, ditarik ke atas nampak bawah, ditarik ke bawah nampak atas! Sama macam menyuap nasi ke mulut ikut belakang kepala!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10