nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

KRIUUT...KRIUUT..KATIL BERBUNYI: RUPANYA BUDAK PEREMPUAN 13 TAHUN TENGAH BUAT KERJA

SEORANG bapa saudara berdebar-debar sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi pelik - kriuuut...kriuut...kriuut dari dalam bilik anak saudara perempuannya yang berusia 13 tahun kira-kira jam 1 tengah hari 15 Oktober lalu. Bimbang bunyi itu bunyi katil bergoyang, dia pun segera bertindak.

Ditolaknya pintu, dan benarlah seperti dijangkanya. Anak saudaranya itu dalam keadaan telanjang bulat di atas katil, manakala pasangannya seorang remaja lelaki berusia 16 tahun melompat, melarikan diri seperti tidak cukup tanah.

Berang dengan apa yang dilihatnya, lelaki berkenaan mendesak anak saudaranya berkali-kali sebelum remaja itu mengaku baru sahaja melakukan persetubuhan haram.

Malah mengejutkannya lagi, anak saudaranya itu mengaku telah ketagih dan banyak kali melakukan perbuatan jahanam itu di rumah berkenaan yang terletak di Taman Keramat, ketika keluarganya tiada di rumah.

Bapa saudara dan keluarga remaja itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan tidak sampai tujuh jam, remaja lelaki yang melarikan diri berjaya ditahan di rumah keluarganya di Hulu Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan, mengesahkan kejadian itu dan budak lelaki yang ditahan kini disiasat.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih memberi perhatian memantau pergerakan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak mudah terjebak ke dalam kegiatan tidak sihat yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10