nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

JIN BAWA SITI BALQIS TERBANG K E GUNUNG JERAI

SELEPAS 15 hari gagal melarikan Siti Balqis Mohd Nor, 22, kumpulan jin yang sering mengganggunya sebelum ini bertindak nekad.

Menggunakan modus operandi mencampak bola berwarna hijau di tengah ruang rumah keluarga gadis itu, akhirnya penyelia jin yang bertubuh besar dan berbulu dikatakan berjaya melarikan Siti Balqis, ketika ahli keluarganya berebut melihat bola hijau yang jatuh itu.

Taktik umpan dan lari  yang digunakan jin berkenaan terbukti berjaya akhirnya, selepas ahli keluarga Siti tidak menyedari Siti yang sebelum itu turut bersama mereka dilarikan dalam diam-diam.

Ibu Siti, Norizan Said, 47, berkata kehilangan Siti kali ini amat dibimbangi mereka sekeluarga dan dikatakan antara kehilangannya yang paling lama.

Lebih menakutkan mereka ialah Siti mengirimkan SMS mengtakan dia dilarikan jin berkenaan di Gunung Jerai, Kedah.

Berikutan kehilangan yang menggemparkan kelmarin, beberapa pihak kini berusaha membantu untuk mencari Siti di lokasi yang dinyatakannya menerusi SMS.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10