nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

KORBAN GUNUNG MERAPI MENINGKAT LAGI: JUMLAH KORBAN TERKINI 30 ORANG

ANGKA korban letusan Gunung Merapi meningkat lagi, sehingga tengah hari tadi apabila lima lagi mayat dihantar ke Rumah Sakit Sardjito menjadikan jumlah yang terkorban setakat ini 30 orang.

Jurucakap Rumah Sakit itu, Banu Hermawan berkata kesemua mayat yang dihantar ke bilik mayat mengalami di antara 45 hingga 90 peratus kebakaran pada tubuh, akibat terkena debu panas.

Letusan gunung berapi itu dikatakan mencecah sejauh enam kilometer dan ketika ini ruang udara berdekatan kelam dan mendung akibat diselubungi debu dari letusan gunung berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10