nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

KISAH HUBUNGAN SULIT MURID 12 TAHUN DENGAN GURU LELAKINYA DI FACEBOOK

ENTAH  kerana apa, seorang pelajar darjah enam sebuah sekolah rendah, tidak pernah mengadu mengenai sesuatu yang terjadi di antara dia dan seorang guru lelaki di sekolahnya, sejak sekian lama.

Malah dia seakan seronok dan berupaya pula merahsiakan hubungan sulit dan intim itu daripada dihidu oleh keluarganya sendiri. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Khamis lalu, semua rahsia perhubungan intim yang dicatatkan oleh pelajar itu dalam laman facebooknya berjaya dikesan kedua-dua ibu bapanya. Mereka bagaikan kehilangan nyawa membaca catatan yang menceritakan keghairahan murid itu melakukan hubungan songsang dengan gurunya yang berusia 30-an itu.

Berang dengan apa yang terjadi, keluarga pelajar berkenaan membuat aduan rasmi kepada pengurusan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan China di Kulai, Johor. Mereka amat marah kerana guru yag telah berkahwin itu tergamak membuat hubungan dengan anaknya yang masih kecil.

Siasatan dalaman mendapati, guru berkenaan dipercayai turut pernah menjalin hubungan serupa dengan beberapa pelajar lain di sekolah yang sama.

Berikutan itu, pengurusan sekolah berkenaan membuat tindakan segera mengarahkan guru terbabit berhenti sementara daripada mengajar bagi memudahkan siasatan.

Ini bukan kes pagar makan padi, tapi pagar mentedarah padi dan tanah sekali!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10