nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

JARI BUDAK 13 TAHUN HANCUR BERSAMA DAGING KISAR

Jari budak 13 tahun yang hancur dalam mesin pengisar daging, malam tadi (Ehsan sarawakupdate)

BEBERAPA persoalan timbul, apabila seorang budak 13 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan, hilang jarinya apabila termasuk ke dalam mesin pengisar daging di Kenyalang, malam tadi.

Persoalan pertama ialah, adakah budak seumur begitu layak diberi tugas melakukan kerja yang ternyata berbahaya. Persoalan kedua ialah, tentunya budak itu dari keluarga miskin dan apakah kita masih mahu membuang suara ke udara bercerita tentang bangunan 100 tingkat sedang kemiskinan masih merata di negara ini.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital oleh pemilik kedai itu, dikatakan cuba membetulkan daging yang tersekat pada mesin pengisar. Bagaimanapun, dia tidak sedar jarinya telah termasuk lalu dikisar mesin berkenaan bersama daging yang lain.

Sedih melihat kejadian ini. Sedih betul. Betul-betul sedih. Apakah kita hanya boleh menyalahkan pemilik kedai sedangkan hakikatnya pemilik kedai juga bertanggungjawab 'membela' nasib anak-anak miskin untuk mencari rezeki.

Siapakah yang salah? Adakah kita mahu menyalahkan Tuhan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10