nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

KAWAN KATA KONDOM KEDAI SERBANEKA SEKITAR PWTC HABISSS!!!!!

GATAL mulut kawan saya tu bertanya. Bertanya pula pada budak perempuan yang jaga kedai serbaneka tu. Dia tanya, jualan kondom meningkatkah masa seminggu perhimpunan Agung Umno ni?

Dijawab budak perempuan katanya rambut pendek ada sedikit ekor. "Yang beli bukan orang jantan aje bang. Yang pompuan pun sama..tak tahulah untuk sapa. Kita anggap untuk laki dialah!"

Budak perempuan pembantu kedai itu memang peramah. Dari mulutnya yang ramah itu banyak cerita tentang kondom dan perhimpunan Agung Umno terkeluar.

Dia kata dia sudah kerja di situ masuk empat tahun. Kawan-kawan dia berlambak kerja kedai serbaneka lain, tak jauh dari PWTC. Kawan-kawannya pun cakap, kondom memang laku betul! Ada kedai stok kondom habis, tak cukup.

Budak perempuan itu tak mahu menuduh. Cerita dia pada kawan kalau ada graf, jualan kondom sempena perhimpuan Agung Umno paling tinggi.

Kawan cerita, bila penyelia kedai serbaneka datang, budak itu cepat-cepat tutup mulut. Tapi sempat dia berpesan. "Itu penyelia saya...dia pun selalu beli kondom!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10