nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

KAU BALUN BINI AKU, BAGI SINI BINI ENGKAU

KISAH dari seberang ini amat mual tapi menyayat hati!

Latar belakang cerita lebih kurang begini. A dan B bersahabat baik. Mula pada satu majlis keraian di kampung tepi pantai. Si A tidak ambil peduli apabila si B kelihatan asyik berbual dengan isterinya. Begitu juga isteri si B. Mereka tiada rasa curiga atau terfikir yang bukan-bukan sebab masing-masing saling kenal.

Rupanya di situ mula segala cerita. Si B dan isteri si A berlarutan hampir setahun mempunyai hubungan di luar pengetahuan si A. Satu hari isteri si A mengadu kepada suaminya yang dia telah hamil empat bulan. Mula-mula suaminya gembira teramat sangat, tetapi keesokannya dia terfikir pula. Dia baru dua bulan pulang selepas enam bulan berhijrah kerana bekerja di daerah lain.

 Maka hatinya berdetik-detik lalu dipaksanya isteri bercerita benar. Maka terbongkarlah pengakuan yang amat menyakitkan hati si A. Rupanya yang menghamilkan isterinya itu adalah si B, kawan sendiri. Maka dengan berbekal golok dia mencari si B di kebunnya dan mereka pun berjumpa. Peluh sejuk menitis entah berapa juta kali dari dahi si B apatah lagi melihat golok yang diacu-acu kawannya si A.

 "Baik kamu bercakap benar!" desak si A dengan panas hati.
 "Ya..sahabatku!"

Di situ berlaku keajaiban. Si A tidak bertindak seperti suami lain yang pasti berasa tercabar apabila isterinya diselingkuhi oleh lelaki lain.

Tetapi si A, dengan tegas dan tanpa malu menyatakan sesuatu. "Sebab kamu bersalah, kamu mesti dihukum. Hukuman itu aku yang jatuhkan. Kamu setuju dengan hukumannya nanti?"

"Setuju..asal kau tidak bunuh aku!" jawap si B dengan pantas.

"Begini..." kata si A. "Kamu kena bagi bini kamu pada aku. Aku akan buat dia seperti mana kamu buat bini aku!"

Terus si B tersenyap. Tapi melihat golok yang berkilau, hatinya cemas. Lalu diangguk-anggukkannya tanda setuju.

Pada isteri si B, diceritakan segalanya. Maka di atas sebab benci dia kepada suaminya yang curang dengan bini orang, dia bersetuju membalas dendam dengan sedia menjadi rakan kongsi si A.

Namun perbuatan dua lelaki ini diketahui pihak berkuasa. Di atas maklumat orang ramai, mereka ditahan di lokap. Namun apabila si A ditanya polis kenapa dia sanggup berbuat jahat dengan isteri si B, begini jawapnya lebih kurang: "Lebih baik saya pakai bini dia daripada saya bunuh suami dia!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10