nuffnang ads

Saturday, October 9, 2010

JESYNTHA MANGSA KEADAAN KATA PEGUAMNYA

WANITA yang menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi kelmarin, Jesyntha Clarence Isreal, 27, dikatakan menjadi mangsa keadaan dan tidak pernah berkahwin dengan mana-mana suspek yang ditahan berhubung pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain.

Peguamnya, M Manoharan memberitahu Jesyntha juga menjadi mangsa kepada kesemua suspek. Difahamkan, Jesyntha mendakwa dia turut dikurung di dalam kawasan ladang tempat pembunuhan dan tidak berani keluar kerana bimbang dengan ugutan suspek.

Malah dia juga mendakwa, selain dia ada dua lagi wanita turut menerima nasib yang sama, dikurung di dalam kawasan ladang berkenaan. Bagaimanapun katanya, dia tidak mengetahui di mana atau bagaimana nasib kedua-duanya.

Katanya, selepas mengetahui kesemua suspek termasuk pekerja ladang itu ditahan polis, dia memberanikan diri keluar dari situ dan terpaksa menyembunyikan diri kerana bimbang keselamatannya terancam.

Itu adalah dakwaan dia dan dia berhak membuat dakwaan, tetapi polis juga berhak membuat siasatan. Namun timbul kemuskyilan, jika benar dia dikurung tidakkah keluarganya risau atau membuat laporan polis mengenai kehilangannya selama ini?

Yang ini belum dijawab!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10