nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

JANGAN BUAT MALU RTM: RANCANGAN BERITA LEWAT 12 MINIT

KETUA Pengarah RTM, Datuk Tiger, ketika dihubungi media di Tokyo memaklumkan belum tahu tentang kelewatan siaran berita jam 8 malam tadi yang terlewat 12 minit.

Balik nanti, pasti ada yang dapat memo. Paling tidak dengar harimau mengaum! Demikian antara contoh betapa mantapnya sebuah televisyen milik kerajaan, sama seperti beberapa media barisan depan yang digunakan khas oleh UMNO untuk berperang menangkis peluru berpandu yang datang daripada pelbagai sisi.

Ketepatan waktu nampaknya bukan lagi satu keutamaan bagi RTM. Mungkin hanya lelucon atau gurauan! Alasan senang dicari, tetapi keburukan telah berlaku dan saya tahu ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga. Banyak benar kesilapan telah berlaku di RTM sebelum ini sehingga rangkaian televisyen itu digelar pahlawan 'tempang'.

Tanpa menuduh ada pihak yang sabotaj, kita harapkan biarlah Tiger pulang dulu dari Tokyo. RTM yang lebih lama dan lebih awal lahir daripada televisyen swasta seperti TV3 harus belajar banyak tentang bagaimana mahu menjadi pahlawan sebenar.

Banyak telah dibawa oleh Tiger yang berpengalaman bekerja di Berita Harian dan TV3 serta Berita Publishing sebelum ini. Tapi kalau semua itu sekadar didengar dan tidak mahu dipatuhi atau diikuti maka RTM akan sah dan sempurna menjadi barisan depan yang tidak memberi apa-apa makna kepada UMNO lagi.

Berita bukan sekadar maklumat, tetapi ia lebih dari itu. Ia mesti tepat dan cepat! Macam mana mahu menyalurkan berita yang tepat dan cepat, kalau siaran berita yang penting itu pun disiarkan daam keadaan terhegeh-hegeh dan mengah. Ramai orang tertawa sampai ke subuh tadi teringatkan berita RTM lewat 12 minit! Maaf Datuk, saya terpaksa ketuk!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10