SEORANG guru pendidikan khas bermur 26 tahun, di dakwa di Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Majistret semalam atas dua dakwaan berasingan, merogol anak tirinya yang berusia empat tahun di rumahnya dan menyerang isterinya yang berusia 28 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama, guru terbabit didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol anak tirinya yang baru berusia 4 tahun di rumahnya di Taman Pagoh, kira-kira ja 9 pagi pada 22 September lalu.
Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret atas tuduhan kedua, iaitu mencederakan isterinya dengan mencekik, melempang dan menumbuk juga di rumahnya pada jam 3 pagi 25 September Mac lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ratinah Abu Bakar manakala tertuduh pula diwakili oleh peguambelanya, Maniam K.