nuffnang ads

Wednesday, October 6, 2010

CHUA SOI LEK DESAK LAGI TINDAKAN KE ATAS PENGETUA MELAYU. KES NAMEWEE ENGKAU DIAM KENAPA?

MCA menerusi presidennya Chua Soi Lek sekai lagi menyalak, mendesak Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin segera memastikan tindakan ke atas dua pengetua sekolah berbangsa Melayu diambil segera.

Konon katanya, jika tindakan itu tidak diambil segera, rakyat akan bising dan menghukum kerajaan yang ada. Itu adalah satu kenyataan yang berbaur ugutan.

Pada masa yang sama tak sebutir pun Chua mendesak tindakan tegas yang sama diambil ke atas anak Cina bernama Namewee yang menghasilkan klip video menyentuh sensitiviti orang Melayu. Malah dia juga tidak berkata apa-apa walaupun tahu Namewee telah melancarkan albumnya baru-baru ini.

Nampak jelas, Chua hanya memperjuangkan isu sempit perkauman. Apabila kena kepentingan kaum China dia akan bising, tetapi bila menyentuh perbuatan kaum itu memperlekehkan hal-hal membabitkan perkauman khususnya terkena kepada orang Melayu suaranya amat kendur sekali.

Chua sepatutnya reti dan faham untuk bertindak atas nama kepentingan semua.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10